Home Artikel PAS Wilayah

Korban dan Kenduri Penyatuan Ummah Titiwangsa

107 views
SHARE

TITIWANGSA, 12 Ogos- PAS dan UMNO Kawasan Titiwangsa telah mengadakan korban dan kenduri penyatuan ummah di PPR Hiliran Ampang, di sini hari ini dengan jayanya.

Program korban yang julung kali dianjurkan secara bersama antara kedua-dua parti berkenaan telah mendapat sambutan yang amat memberansangkan oleh penduduk setempat.

Di kesempatan tersebut, Yang Di-Pertua PAS Kawasan Titiwangsa, Khairul Anuar Abdul Manap menyifatkan kerjasama antara PAS dan UMNO merupakan suasana baru dalam kancah politik Malaysia, dengan menjadikan Islam sebagai teras penyelesaian semua perkara, termasuklah aspek politik, ekonomi dan sosial.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani menekankan tentang kesatuan dalam masyarakat terutamanya antara PAS dan UMNO kerana kuasa Islam dan Melayu bila bersatu akan dapat menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan, ujar beliau ketika ditemui.

Sokongan padu orang ramai terhadap kerjasama antara PAS dan UMNO yang dizahirkan melalui program ini membuktikan bahawa gelombang ummah semakin berpadu demi menumpaskan kerajaan caca- merba hari ini.