Home Berita PAS Sabah

Program Kemuncak Sinar Kasih Ramadan santuni 100 keluarga asnaf

28
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
10 April 2023

SANDAKAN: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Sabah telah mengadakan Program Kemuncak Sinar Kasih Ramadan dan menyampaikan sumbangan kepada 100 buah keluarga sekitar daerah Pitas, Sabah.

Program yang berlangsung selama 3 hari itu melibatkan keluarga yang terdiri dari golongan MOSWAY dan muallaf.

Pengerusinya, Abdul Muien Mohd Noor menzahirkan penghargaan kepada PAS Kawasan Kudat atas kerjasama dalam menjayakan program itu.

“Alhamdulillah terima kasih PAS Kawasan Kudat kerana membantu menjayakan program kemuncak LKK PAS Sabah sepanjang bulan Ramadan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Menurutnya, perjalanan ke setiap perkampungan di daerah kecil itu sangatlah mencabar dengan keadaan cuaca panas yang menyengat.

“Perjalanan kami menuju ke sini sangat mencabar lebih-lebih lagi kami berhadapan dengan keadaan cuaca panas yang terik,” jelasnya lagi.

Program itu telah diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama penduduk Kampung Mulung Kulung di Surau Kampung tersebut.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi 1, LKK PAS Negeri, Nur Izzati Yusof, Ketua Setiausaha, LKK PAS Negeri, Mustaqim Aling dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kudat, Nemrone Loveh.