Home Berita PAS Pusat

Program Karnival Penjana Kerjaya Kementerian Sumber Manusia Negeri Kedah di Daerah Pendang

1648
SHARE

Program Karnival Penjana Kerjaya Kementerian Sumber Manusia Negeri Kedah di Daerah Pendang

Kementerian Sumber Manusia menganjurkan Program Karnival*Penjana Kerjaya Peringkat Negeri Kedah di Daerah Pendang pada 26 Disember 2020 (Sabtu) bertempat di Dewan Cenderawasih,Pendang.

Program tersebut bermula pada seawal 9 pagi sehingga 4 petang dianjurkan oleh Pertubuhan Keselamatantan Sosial (PERKESO) Negeri Kedah dengan tema “Mai Lekaih Pi Pendang”

YB Tuan Haji Awang bin Hashim, Timbalan Menteri Sumber Manusia mempelawa serta mengajak golongan pencari kerja di Kedah khususnya anak-anak Pendang untuk hadir ke Karnival tersebut.

Program yang julung-julung kali diadakan ini menawarkan 1500 kekosongan jawatan yang disediakan oleh majikan-majikan yang ternama di Utara tanah air.

Sebagai peringatan pematuhan norma baharu, semua yang hadir diminta untuk mematuhi SOP pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).