Home Artikel PAS Selangor

LAMAN Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor | PAS Kawasan Bangi – Program Muafakat Nasional Parlimen Bangi

442
SHARE

Bangi, Selangor | 30 Ogos 2020

Muafakat Nasional Kawasan Bangi telah mengadakan program sempena cuti Hari Kemerdekaan. Program kali ini di-host-kan oleh PAS Cawangan Sungai Ramal Dalam.

Dengan kehadiran YDP PAS Kawasan Bangi Us Shafie Ngah merangkap Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor ke program Muafakat Nasional Peringkat Parlimen Bangi turut menyemarakkan lagi semangat jentera atau Petugas-petugas Muafakat Nasional Kawasan Bangi.

Antara program yang sedang berjalan hari ini ialah memberi sumbangan kepada warga emas dan ibu tunggal warga setempat. Selain daripada itu acara menyantuni atau menziarahi orang-orang lama di Kampung Sungai Ramal Dalam.

Sempena menyambut Ambang Merdeka kempen mengibarkan bendera Jalur Gemilang juga turut diadakan dari rumah ke rumah penduduk Kampung Sungai Ramal Dalam dan yang terakhir program jejak pengundi di sekitar kampung sekaligus membuka kaunter semakan daftar pengundi dan pendaftaran pengundi baru.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor