Home Berita PAS Perak

Program Jejak Kasih PAS Kawasan Bagan Serai | Khabar DUN Perak

972
SHARE
PROGRAM JEJAK KASIH PAS KAWASAN BAGAN SERAI
BAGAN SERAI – Program jejak kasih PAS Kawasan Bagan Serai dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Gunung Semanggol menyaksikan 100 kotak makanan di agihkan kepada golongan asnaf di empat lokasi berasingan hari ini.
Program yang turut disertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia PPBM Bagan Serai di mulai dengan penyerahan sumbangan dua buah pembesar suara oleh YB Tuan Haji Razman Zakaria di lokasi pertama iaitu di Pusat tarbiah Islamiah PUTIS selinsing.
Dilokasi ini seramai 20 asnaf menerima sumbangan kotak makanan dengan tambahan kain pelikat tajaan dari Ahli Parlimen Bagan Serai YB Dato’ Noor Azmi Ghazali.
Selesai penyerahan, rombongan peserta program diketuai Razman yang juga Pesuruhjaya PAS Perak menuju ke rumah 2 beradik warga emas bagi menyerahkan sendiri sumbangan kerana keuzuran menghalang mereka untuk hadir ke majlis yang diadakan di PUTIS.
Lokasi kedua program berlangsung di Markas PAS Semanggol. Sebanyak 20 kotak makanan lagi diagihkan kepada asnaf serta kain pelikat tajaan pihak parlimen.
Program berlangsung dengan ucapan dari Yang Dipertua PAS kawasan Bagan Serai Tuan Haji Abdul Aziz Majid diiringi ucapan dari Ketua PPBM Bahagian Bagan Serai Encik Ismail Ali.
Seterusnya rombongan bergerak ke lokasi ketiga di Dewan Batu 38 Jalan Keretapi, Alor pongsu. 20 kotak makanan lagi diserahkan kepada penduduk memerlukan sekitar Kampung tersebut.
Kemudian rombongan bergerak ke lokasi terakhir di Penempatan Penduduk Masyarakat Setempat (PPMS) Bukit Merah.
Sebaik tiba sidang media diadakan di Dewan Surau PPMS. Kemudian berlangsung ucapan dari wakil PPBM Bagan Serai disampaikan oleh Datuk Muhaimin Abdul Rahman Nazri diikuti ucapan dari Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali seterusnya ucapan dari Pesuruhjaya PAS Perak Tuan Haji Razman Zakaria.
Program diakhiri dengan penyerahan benih pokok kelapa jenis Malayan Yellow Dwarf kepada pihak surau seterusnya penyerahan sumbangan kain pelikat kepada Jabatan Amal dan pasukan Keselamatan Pimpinan PAS (KPP).
Sebanyak 40 kotak makanan diedarkan di lokasi terakhir menjadikan jumlah keseluruhan 100 kotak makanan termasuk kainpelikat yang telah diserahkan pada hari ini.
Turut hadir dari pihak PAS Kawasan Bagan Serai Naib Yang Dipertua PAS Ustaz Sukri Khaidir, Setiausaha Muhammad Fitri Jelani, Bendahari Encik Abdullah Saimi, Ketua Dewan Muslimat Hajjah Rohaya Bakar, Ketua Dewan Pemuda Ustaz Akmal Sani dan barisan jawatankuasa.
Pihak PPBM Bagan Serai pula turut diiringi oleh ketua penerangan Azizzon Muhammad Noor, Ketua Armada dan barisan jawatankuasa yang lain.