Home Artikel PAS Sabah

Program Jalinan Mahabbah Muslimat PAS Tawau dan Wanita UMNO Bahagian Tawau eratkan hubungan

409
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
23 November 2020

TAWAU : Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau (DMPKT) melalui Lajnah Politik Dan Pilihanrayanya telah mengadakan program bersama Wanita UMNO Bahagian Tawau melalui aplikasi google meet, di sini , kelmarin.

Ketua Muslimat PAS , Puan Mandina Ladale berkata objektif program Jalinan Mahabbah  itu adalah untuk mengeratkan silaturahim antara barisan kepimpinan Dewan Muslimat PAS Tawau dengan Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Tawau.

Menurutnya lagi , program tersebut juga bertujuan untuk membina dan mengukuhkan hubungan antara parti komponen MN di samping menghidupkan sunnah Rasullullah SAW “

” Program ini sebenarnya telah lama dirancang dalam bentuk pertemuan bersemuka secara fizikal”

” Memandangkan daerah Tawau masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan berstatus zon merah, program secara maya adalah relevan buat masa ini” Katanya semasa dihubungi.

Manakala Wanita UMNO Bahagian Tawau, Hajah Murnih Hj Mohd Tahir berkata ” Saya mewakili Wanita UMNO Bahagian Tawau, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah di atas penganjuran program sebegini bagi mengukuhkan hubungan Wanita UMNO dan Muslimat PAS”.

” Dengan berbekalkan jiwa yang utuh , semangat yang jitu dan istiqamah
kepada perjuangan.

” Wanita UMNO akan terus meniti mempelajari tutur cara sebagai rakan yang padu.

” Saya berharap selepas ini Wanita dan Muslimat akan ada lagi program-program bersama untuk mengukuh muafakat nasional”

” Semoga UMNO dan PAS Istiqamah bersama-sama memperjuangkan agama, bangsa dan keharmonian negara” katanya ketika dihubungi oleh wartawan Harakah.

Seramai 30 Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS dan Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Tawau menyertai program tersebut dari kediaman masing-masing.