Home Berita PAS Selangor

Program isi minyak motosikal percuma – DPPK Sungai Besar

93
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

SUNGAI BESAR, 3 November – Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar hari ini telah melaksanakan Program Isi Minyak Motorsikal Percuma di Petron Pasir Panjang khas buat penduduk DUN Sekinchan yang berumur 17 hingga 40 tahun.

Ketua Pemuda DPPK Sungai Besar, Ustaz Mohd Ahsani Takwim serta beberapa penggerak pemuda telah berkesempatan menyantuni anak muda serta membantu mereka mengisi minyak, siang tadi.

Menurut Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar, ada yang sehingga melimpah minyak daripada tangki minyak disebabkan terlalu penuh. Walaupun seorang mendapat hanya RM5 untuk satu kupon, terzahir kegembiraan dan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur kerana menaja minyak motor mereka secara percuma.

“Program macam ni kena buat lagi supaya orang nampak Pemuda PAS lebih ke hadapan dalam mendekati anak muda dan masyarakat”. Itulah kata-kata yang terungkap daripada salah seorang penerima minyak motor percuma tadi.

“Insyaallah kami akan cuba menyusun program-program seterusnya untuk mendekati anak muda dan menyelami denyut nadi rakyat”, jelas Pemuda PAS Sungai Besar.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor