Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak
Oleh : Umar Al-Hayawi
Gombak | Sebagai usaha membantu mereka yang terkesan dengan penguatkuasaan PKP 3.0 ini, PAS Kawasan Gombak dengan kerjasama NGO Ma’aruf Care meneruskan rutin kebajikan mereka melalui edaran Juadah Barakah Jumaat di komuniti Desa Mukmin 1.
Menurut kenyataan mereka, bagi mematuhi SOP, hanya 2 orang sahaja petugas sukarelawan iaitu Puan Khadijah dan Puan Masyitah yang bertugas menyantuni mereka. Turut disumbangkan selain dari makanan ialah jubah & tudung bagi membawa keceriaan kepada mereka yang menerima.
Ribuan terima kasih daripada PAS Kawasan Gombak kepada semua yang membantu & menyumbang. Moga Allah membalas dengan kebaikan. Moga kita terus prihatin sesama kita & terus mematuhi arahan & pesanan kerajaan demi keselamatan & kesejahteraan kita bersama.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor