Home Berita PAS Selangor

Yang Di-Pertuan Agong, tiang seri penyatuan rakyat berbilang bangsa – Ketua DMPN Selangor

43
SHARE

May be an image of 5 people, headscarf and text

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Shah Alam | Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor Ustazah Hjh Wan Hasrina Binti Wan Hasan mengeluarkan sebuah pernyataan menerangkan, Institusi Diraja berperanan penting dalam memperkukuhkan perpaduan rakyat yang berbeza bangsa, agama, bahasa pertuturan latar belakang malahan kecenderungan fahaman politik. “Sedar atau tidak, kita semua disatukan di bawah rumpun lembayung teduhan Yang Di-Pertuan Agong”, ujar beliau.

Sambungan kenyataan beliau, ungkapan raja dan rakyat berpisah tiada bukan sekadar laungan kosong malah peristiwa peralihan kuasa pentadbiran Kerajaan Malaysia telah membuka mata rakyat Malaysia akan kepentingan dan peranan besar yang dimainkan oleh institusi Diraja Malaysia bagi memastikan kesejahteraan rakyat tidak diganggu gugat seterusnya menjamin keutuhan landskap politik Malaysia agar ia kekal berada di landasan yang betul.

Menurut beliau, Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) menyanjung tinggi peranan yang telah dimainkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memayungi Malaysia. Baginda bukan sahaja telah memastikan kestabilan urus tadbir negara ketika kekalutan seluruh dunia memerangi pandemik Covid 19, malah amat dikenali sebagai seorang Raja yang berjiwa rakyat dan seringkali mencemar duli bertanya khabar dan melihat sendiri keadaan rakyat jelata.

Akhir kata beliau, “DMPNS menyeru seluruh rakyat Malaysia agar kita bersama berikrar menjaga keutuhan Institus Diraja Malaysia bagi memastikan kedaulatan negara terus dipelihara”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor