Home Berita PAS Perak

Program Bumi Hijau; Rezeki Bidang Pertanian

804
SHARE
Menjadi hasrat YAB MB Perak agar program Bumi Hijau dapat dilaksanakan dengan baik. Menggalakkan warga bandar dan kampung bercucuk tanam sebagaimana sabda Rasulullah SAW ;
ما من مسلمٍ يغرسُ غرساً أو يَزْرَعُ زَرْعاً فيأكلُ منه طيرٌ أو إنسانٌ أو بهيمةٌ إلاَّ كان له به صدقة.
Mana-mana orang Islam yang bercucuk tanam kemudian dimakan daripadanya burung, manusia atau binatang tiada yang lain kecuali baginya sebagai sedekah.
(Riwayat al-Bukhari)
Ulama menjelaskan tentang hadis ini terdapat keutamaan menanam pohon dan tanaman, bahawa pahala orang yang menanam akan terus mengalir selama mana pohon dan tanaman itu masih ada, serta sesuatu (benih) yang keluar daripadanya sampai hari kiamat masih ada.
Ada ulama mengatakan pekerjaan paling afdhal ialah berniaga, ada ulama kata bertukang. Dalam kitab Syarh al-Muhazzab bab al-Ath’imah menyebut pekerjaan paling afdhal adalah bercucuk tanam.
Sedikitpun tidak hina mereka yg bercucuk tanam malah pekerjaan ini mulia di sisi Allah.
Apa yang penting jangan sesekali putus asa dalam meneruskan kehidupan.
Rezeki ada di mana-mana termasuk dalam bidang pertanian.