Home Artikel PAS Sarawak

Program Agihan Sekampit Beras Di Beting Maro

68 views
SHARE

Oleh: IFFAH HURRIYYAH BINTI MUHAIMIN

BETING MARO: Usai Mesyuarat Agung Tahunan Muslimat PAS Kawasan Batang Lupar, golongan-golongan yang kurang bernasib baik telah diraikan dengan agihan beras di sini, semalam.

Program kebajikan anjuran Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Batang Lupar dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (DPMNS) ini telah memperuntukkan bantuan beras untuk 20 buah keluarga yang terpilih.

Penerima-penerima sumbangan adalah terdiri daripada penduduk di Kampung Tambak, Kampung Pusa dan juga Kampung Beladin yang telah dipilih secara rawak berdasarkan kriteria yang tertentu.

Agihan beras ini telah disampaikan sendiri oleh Ketua Muslimat PAS DMPK Batang Lupar, Dayang Hana Ahmad yang turut sama menyantuni warga emas serta orang kelainan upaya di kampung yang terlibat.

Tiada kata yang mampu diucapkan oleh penerima-penerima sumbangan selain daripada lafaz kesyukuran atas bantuan yang telah diterima mereka.