Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
HULU LANGAT, 19 September – Bertempat di Baitul Ikhwan, Taman Sri Nanding Hulu Langat, Program Agihan Bakul Makanan Prihatin Perikatan Nasional (PN) Parlimen Hulu Langat bersama Pemuda PAS Hulu Langat dan Armada Hulu Langat telah dilaksanakan.
Dilaporkan, sebanyak 50 orang penerima telah menerima sumbangan ‘Bakul Makanan’ Prihatin Perikatan Nasional (PN) Hulu Langat ini di DUN Dusun Tua dan ia diserahkan secara pandu lalu. Dikhabarkan juga sumbangan ini akan diteruskan di DUN Semenyih pula.
Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada anak muda PN atas sikap Cakna dan Prihatin kepada rakyat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19, diharapkan program ini dapat memupuk semangat Malaysia Prihatin, dan kita semua sebagai keluarga Malaysia.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor