Home Berita PAS Selangor

DHPP Kota Raja : Bantu rakyat yang memerlukan – Ketua Wanita DHPP Kota Raja

8
SHARE

PAS For All | Dewan Himpunan Pendukung PAS Selangor

Oleh : Puan Chandra
Ketua Wanita DHPP Kota Raja

KOTA RAJA, 31 Julai – Wakil DHPP Kawasan Kota Raja telah turun padang memberikan sumbangan kepada masyarakat India di Pangsapuri Kampung Jawa dan Hulubalang, Taman Sentosa dan Jalan Raja Nong. Seramai 10 keluarga yang menerima sumbangan hari ini.

Menurut Ketua Wanita DHPP Kota Raja – Puan Chandra, di dapati ramai yang merayu dengan mereka dan meminta sumbangan kerana sangat kesempitan. Demi kebajikan rakyat, mereka akan turun lagi dari semasa ke semasa membantu masyarakat di kawasan Parlimen Kota Raja.

Hasil tinjauan juga mendapati masyarakat di sini merupakan golongan B40, jadi keluhannya hilang pendapatan keluarga, sewa rumah, bil-bil bulanan dan pendidikan anak-anak semakin tertekan. Kaum ibu-ibu di sini amat berterima kasih kepada PAS dengan kehadiran kami.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor