Home Berita PAS Selangor

Program AD4C : Sumbangan kit bantuan makanan kepada 8 keluarga – JAMK Ampang

78
SHARE

May be an image of 4 people and people standing

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

AMPANG | Serahan Kit bantuan makanan asas oleh JAMK Ampang pada kali ini diteruskan lagi dengan kekuatan tenaga kerja 5 anggota yang diketuai oleh Tuan Haji Mohamad Fadzil dan dibantu oleh Abg Zainodin, Sdr Mirza, Capten Zainan dan Cikgu Nik Izme Afendy.

Menurut mereka, pada kali ini seramai 8 orang penerima yang telah diluluskan permohonan mereka untuk menerima bantuan kali ini. Menjadikan jumlah keseluruhan 47 buah keluarga yang memerlukan telah disampaikan bantuan kepada mereka.

“Boleh dikatakan ramai penerima bantuan daripada Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) ini adalah mereka yang telah kehilangan kerja akibat diberhentikan atau kerana tempat mereka bekerja telah ditutup samada tidak mampu meneruskan perniagaan atau bagi mengurangkan kos operasi”, terang JAMK Ampang.

“Ramai juga yang diberikan cuti tanpa gaji untuk selama mana arahan lockdown ini ini berkuatkuasa dan lebih teruk lagi bagi mereka yang bekerja gaji hari, tiba-tiba diarahkan untuk tidak hadir bekerja tanpa sebarang notis”.

“Akibat situasi ini yang berpanjangan kesannya adalah tertunggaknya bayaran sewa rumah sehingga ada penerima kit bantuan makanan asas memberitahu bahawa mereka telah diarah keluar daripada rumah sewa mereka”.

“Boleh juga kita fahami bahawa dalam situasi begini menjadikan bayaran sewa rumah itu adalah lebih penting daripada membeli barang makanan untuk keluarga mereka sehingga terdapat kes dimana mereka telah kelaparan selama 2 hari hanya kerana duit yang ada hanya cukup untuk membayar sewa rumah”, terang mereka lagi.

Pihak JAMK Ampang mendoakan semoga pendamik ini akan cepat tamat bagi mengembalikan keadaan normal seperti sediakala kepada seluruh rakyat Malaysia. Insyallah mereka akan cuba membantu setakat mana yang mampu dengan menyampaikan kit bantuan makanan asas.

Kepada yang ingin membantu mereka yang memerlukan makanan terutamanya maka bolehlah berbuat demikian ke akaun berikut:-

No Akaun : 8604427663
Nama : JAM AMPANG VENTURES
Bank : CIMB ISLAMIC BANK

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor