“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Ampang | Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) dalam satu kenyataan menyatakan bahawa mereka telah menyerahkan Kit Bantuan Makanan Asas kepada 3 buah keluarga lagi di sekitar kawasan Ukay Perdana, Ampang.
1. Keluarga yang pertama terdiri daripada seorang ibu tunggal yang tinggal bersama dengan 4 orang anak di Pangsapuri Dahlia, Taman Ukay Bestari. Salah seorang anak (yang menanggung keperluan kewangan keluarga ini) telah terlibat dalam kemalangan motorsikal (semasa menghantar barang ‘lala move’) dan masih menerima rawatan di hospital sebagai pesakit luar. Anak ini masih belum boleh membuat kerja-kerja penghantaran kerana faktor kesihatan dan motorsikal yang masih belum dibaiki.
2️. Keluarga yang kedua adalah pasangan suami isteri yang tinggal di Pangsapuri Dahlia, Taman Ukay Bestari. Pasangan ini mempunyai dua orang anak yang masih kecil. Suami yang berkerja di kilang membuat donut telah diberhentikan kerja akibat PKP dan kini hanya membuat penghantaran barang-barang shopee secara sambilan bagi menampung keperluan keluarga. Pasangan ini dan keluarganya kini menyewa di pangsapuri tersebut dengan kadar sewa bulanan sebanyak RM750.
3️. Keluarga yang ketiga merupakan pasangan suami isteri yang tinggal di Pangsapuri Ukay Indah, Sg. Sering dan mempunyai 10 orang anak. Hanya anak yang pertama telah bekerja manakala 9 orang yang lain masih belajar/bersekolah termasuk seorang anak OKU. Suami kepada pasangan ini bekerja sebagai pembantu kedai dan kini terpaksa dicutikan tanpa gaji kerana kedai tidak dapat beroperasi. Isteri pula merupakan suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini dan keluarganya kini menyewa di pangsapuri tersebut dengan kadar sewa bulanan sebanyak RM500.
Kit bantuan makanan asas ini mungkin nampak ringkas bagi kita. Tetapi besar manfaatnya untuk mereka yang amat memerlukan. Salurkan sumbangan anda ke:
No. Akaun : 8604427663
Nama : JAM AMPANG VENTURES
Bank : CIMB Islamic Bank
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor