Home Berita PAS Sabah

PRN Johor : Pilih pemimpin yang tepat

83
SHARE

Oleh : Fadilah Nordin
7 Mac 2022

KOTA KINABALU: Pilih pemimpin yang tepat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor untuk kesejahteraan rakyat.

Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah, Ahmad Dullah menyeru kepada pengundi awal PRN Johor pada hari ini untuk turun mengundi bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

“Harini adalah permulaan bagi menentukan segalanya dan undi anda sangat-sangat berharga bagi membentuk kerajaan yang terbaik untuk Johor.

“Berilah peluang kepada calon Perikatan Nasional, Maimunah Safwah Musa atau lebih dikenali sebagai Cikgu Muna untuk mewakili pengundi Dun Jementah ke Dewan Undangan Negeri Johor dalam PRN Johor kali ini,” ujarnya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau menambah, Cikgu Muna merupakan calon Perikatan Nasional yang sangat berintegriti, amanah dan tiada rekod rasuah.

“Lafaz ikrar dan sumpah anti rasuah yang dilakukan kesemua 56 calon Perikatan Nasional adalah bukti parti ini komited dan serius untuk membentuk kerajaan yang lebih berintegriti,” ujarnya lagi.

Terdahulu PAS Sabah telah menghantar lebih 100 orang jentera ke Johor bagi membantu dan memberikan sokongan kepada calon Perikatan Nasional sehingga hari pengundian 12 Mac nanti.