Home Artikel PAS Sabah

PRN Sabah: PAS rai majlis ramah mesra calon bersama pengundi

782
SHARE

Oleh: Juliana Hamid
17 September 2020

KUNAK: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) meraikan Majlis ramah mesra calon Mejar (k) Halid Harun bersama pengundi yang bertempat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mostyn semalam.

Walaupun angka kes COVID-19 semakin meningkat di DUN Kunak, majlis tetap berlangsung dengan meningkatkan pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak KKM.

Seramai 250 orang bakal pengundi terdiri daripada penduduk Kampung Kadazan, Kampung Simpang Empat, Ladang Mostyn dan Kampung Sri Bahagia menghadiri majlis yang bermula tepat jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 petang semalam.

“Muafakat ini amat penting walaupun berbeza agama, bangsa dan suku kaum kerana kita haruslah berpegang dengan slogan politik matang dan sejahtera”, kata Kasman Karate, Naib Yang Dipertua PAS Silam.

“Kita bersyukur dengan keadaan politik hari ini kerana PAS dapat bekerjasama dengan BN dan PBS. PAS akan turut serta dalam setiap gerak kerja menuju PRN akan datang,” tambahnya lagi.

Turut hadir pada majlis tersebut, Yang Dipertua PAS Kawasan Silam, Ramli Pataruddin, Naib Ketua Muslimat PAS Kawasan Silam, Maimunah Mahmud, dan pendukung Perikatan Nasional.