Home Rencana PAS Selangor

PRN Melaka : dari awal hingga akhir – DPPK Sungai Buloh

62
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Buloh

Sejak kerajaan mengumum PRN bakal berlaku di Melaka, para pemuda PAS terus bersiap siaga, mengumpul kekuatan jentera, merancang bagi membantu memenangkan kerusi PN di Melaka.

Menyusun perancangan dan turun membantu gerak kerja di lapangan, tak mengira terkena dek panas dan hujan. Para pemuda PAS terus istiqamah, semakin menghampiri ke hari pengundian, semakin kuat gerak kerjanya. Inilah yang didikan ahli PAS. Kerja dengan ikhlas, semata meraih redhaNya.

Bukan setakat gerak kerja kuat di lapangan pada siang hari, bahkan di malamnya semakin kuat bermunajat kepada Allah agar dikurniakan kemenangan dan diberikan pemimpin terbaik.

Tiba hari pengundian dan pengumuman PRN Melaka, para amilin PAS dengan tenang menerima keputusan. Walaupun keputusan yang tidak memihak, akan tetapi sedikit pun tidak mematahkan semangat dan terus memberi komitmen sehabis baik.

Begitulah Pemuda PAS, bersedia berkorban masa, wang ringgit dan tenaga pada bila-bila masa. Seperti kata-kata Murabbi ummah Tuan Guru Haji Hadi, “Kekalahan ialah apabila kita berhenti daripada perjuangan”.

Oleh sebab itu, tertanam pada Pemuda PAS untuk terus berjuang memenangkan Islam dimuka bumi Allah SWT. Kepada yang terpilih memimpin rakyat Melaka, tahniah. Moga dapat memerintah dengan berlandaskan cara Islam yang sebenar.

Kepada yang belum terpilih, teruskan berkhidmat di mana jua. Tiada istilah berhenti buat Amilin Islam. Kejayaan sebenar apabila kita mendapat redha Allah kelak di sana. Allahuakbar!

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor