Home Rencana PAS Selangor

Kestabilan politik mampu memacu kejayaan sebuah pemerintahan – PAS Kawasan Sungai Buloh

80
SHARE

May be an image of text that says "PRN PRN PILIHAN Melaka RAYA NEGERI"

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh

Oleh : PAS Kawasan Sungai Buloh

Berbaki beberapa jam sahaja lagi, pengundi di Negeri Melaka akan memilih pemimpin yang mereka inginkan untuk menguruskan kerajaan negeri dan kesejahteraan penduduk. Terdapat tiga parti gabungan besar yang ditawarkan kepada pengundi iaitu Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Selain itu, Parti Putra masuk secara solo dan beberapa calon bebas yang menawarkan pencalonan mereka untuk berkhidmat kepada penduduk di DUN-DUN yang ditandingi jika dipilih.

Pengundi Melaka juga telah ditawarkan calon-calon Ketua Menteri Melaka jika dipilih. Perikatan Nasional meletakkan Calon Tanjung Bidara Mas Ermieyati, Barisan Nasional menawarkan Datuk Seri Sulaiman Md Ali Calon Lendu dan Pakatan Harapan mengegalkan mantan Ketua Menteri sebelum ini Adly Zahari Calon DUN Bukit Katil.

Manakala manifesto setiap parti telah dikemukakan kepada pengundi Melaka dan sebentar lagi tepat jam 12 tengah malam, semua aktiviti kempen akan berakhir dan mulai esok pagi bermula 8 pagi, seramai 476, 037 pengundi berdaftar akan mula mengundi.

Justeru, pengundi Melaka disarankan bersepakat dan bersatu untuk memilih hanya calon-calon dari Perikatan Nasional untuk memastikan kestabilan politik ini tercapai. Tanpa kestabilan politik, negeri berisiko dan kesejahteraan rakyat akan terabai.

Fikirlah dengan matang untuk masa depan Melaka.

“Jom Mengundi”

19 November 2021 | 14 Rabiul Akhir 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor