Home Berita PAS Pusat

PRK N27 DUN Rantau : Tok Mat Tetap Di Hati Rakyat

2009
SHARE

Kenyataan Media
PRK N27 DUN Rantau : Tok Mat Tetap Di Hati Rakyat


Tahniah YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan berjaya mengekalkan kerusi DUN Rantau dalam Pilihan Raya Kecil hari ini.

Kemenangan ini adalah manifestasi pilihan rakyat yang ingin menuntut supaya kerajaan menunaikan manifesto yang telah dijanjikan.

Signal rakyat adalah jelas, dengan komposisi pelbagai kaum yang agak seimbang, rakyat tetap membuat pilihan yang bijak.

Tahniah dan terima kasih juga kepada semua pengundi serta jentera PAS khususnya DHPP.

Kehadiran Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang turut berkempen juga menggamit lautan hadirin dengan pidato yang bernas.

Inilah formula penyatuan ummah yang dinantikan rakyat selama ini.

“Islam Memimpin”

Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Ketua Pengarah
Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat
13 April 2019

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=414460499111537&substory_index=0&id=230516164172639