Home Artikel PAS Perlis

Pelajar SRIAT Johan Hafazan MTQSS Perlis 2019

196 views
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Murid tahun 5 Sekolah Rendah Islam At Taqwa (SRIAT), Beseri berjaya menjadi johan dalam acara Hafazan Al-Quran (Perempuan) Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah (MTQSS) Peringkat Negeri Perlis 2019 yang berlangsung pada 12 dan 13 April lalu.

Taqwa Fahima bt. Reqza, berjaya mengetepikan cabaran daripada para peserta yang mewakili tujuh Pusat Kecemerlangan Pendidikan (PKP) yang lain apabila memungut markah tertinggi dalam acara berkenaan.

Kejayaan tersebut membolehkan beliau mewakili negeri Perlis ke pertandingan peringkat kebangsaan nanti.

Turut sama mencatat keputusan yang membanggakan ialah Fathullah bin Mohd. Fairus yang mendapat tempat ketiga bagi acara Hafazan Al-Quran (Lelaki).

Dua lagi peserta iaitu Nur Munawwarrah binti Rashid (Bercerita – Perempuan) dan Umar Abqari bin Abdul Aziz (Tilawah Al-Quran – Lelaki) bagaimanapun sekadar memperolehi saguhati dalam acara masing-masing.

SRIAT merupakan salah satu daripada dua Sekolah Rendah Islam (SRI) di bawah kelolaan PAS Negeri Perlis yang menyertai MTQSS pada setiap tahun.