Home Berita PAS Sabah

PRK KIMANIS : Jentera PAS Tawau siap sedia bantu calon BN

779
SHARE

Oleh : ANNA TAN
29.12.2019

TAWAU ~ Jentera PAS Tawau siap sedia untuk turun membantu calon UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kimanis.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad bin Husain, merangkap Yang DiPertua PAS Tawau, berkata pihaknya akan turun bersama Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) Sabah.

” Jentera PAS Tawau telah disusun dan rombongan akan diketuai oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya Kawasan (JPRK).

” Kita sudah bersedia dan menyatakan sokongan penuh terhadap sesiapa sahaja calon yang akan diisytiharkan kelak.

” Ini juga adalah sebagai menyahut seruan Setiausaha Agung (SUA) PAS Pusat, Dato’ Takiyuddin Hassan agar PAS Sabah membantu calon BN untuk mengekalkan kerusi tradisi mereka.

” Saya yakin rakyat Kimanis tidak akan tertipu oleh janji-janji PH.

” Saya juga yakin pengundi Kimanis adalah pengundi-pengundi yang bijak dalam membuat penilaian.

” Tapi kita juga akan menerima segala keputusan rakyat melalui peti undi nanti atas semangat dan amalan demokrasi,” katanya ketika dihubungi.