BATU, 27 APRIL – Calon PAS bagi Parlimen Batu, Ustaz Azhar Yahya meneruskan lagi aktiviti bertemu mata dengan masyarakat setempat, hari ini.
Kunjungan hari ini diteruskan ke kedai – kedai makan di sekitar Taman Koperasi Polis Fasa II di mana Ustaz Azhar Yahya mengambil peluang untuk memperkenalkan diri dan beramah mesra dengan kira – kira 70 orang penduduk yang ada di situ. Kehadiran beliau dan para petugas disambut baik oleh masyarakat setempat yang sedang menikmati sarapan di restoran di situ.
“Prestasi PAS memang bagus, ” adalah antara komen seorang pengunjung kepada Ustaz Azhar namun enggan dirakam gambarnya atas faktor keselamatan.
Di akhir sesi ramah mesra itu, Ustaz Azhar mengingatkan para penduduk agar dapat memberikan kepercayaan kepada PAS untuk menggalas tanggungjawab memimpin negara ke arah yang lebih baik berlandaskan syariat Islam.