Home Berita PAS Wilayah

Ceramah Kelompok PAS Setiawangsa di Pasar Malam Sek 10, WM Meriah.

660
SHARE

Oleh : Dr Zuraini Hashim

Setiawangsa,25 April: PAS Setiawangsa melangsungkan ceramah kelompok bersama calon P118 Setiawanga Ust Ubaid Hj Abd Akla, YDP PAS Setiawangsa, Tn Hj Abd Halim Hassan dan EXCO DPPWP Sdr Ahmad Afiq Zulkhairi di tapak pasar malam sek 10, Wangsa maju, sini semalam.

Tuan Hj Abd Halim dan Sdr Afiq berkongsi tawaran PAS dalam ucapan mereka bagi menurunkan kos sara hidup di Lembah Klang ini khususnya golongan anak muda. Antara yang disentuh adalah manifesto PAS untuk menghapuskan GST, melupuskan hutang PTPTN, skim bas sekolah percuma, pengecualian duti eksais bagi kereta pertama bawah 1.3cc, pinjaman kereta pertama secara kaedah Qard Hasan iaitu pinjaman tanpa faedah dan pemberian deposit rumah RM50,000-RM180,000 bagi mereka yang mahu membeli rumah pertama.

Tawaran tawaran yang PAS berikan ini begitu lengkap dan inklusif buat rakyat Malaysia. Ia bersifat kelangsungan jangka masa panjang berbanding manifesto BN / PH yang banyak bersifat populis dan jangka pendek.

Ust Ubaid pula berkongsi beberapa tawaran PAS kepada penjawat awam jika PAS diberi mandat apabila memerintah Malaysia. Antaranya;
1. Meningkatkan bilangan anggota keselamatan (PDRM) kepada bilangan yang sesuai dengan komposisi penduduk.Menurut data 2015, nisbah seorang anggota polis menyamai 580 orang rakyat Malaysia. Nisbah ini lebih tinggi di Lembah Klang iaitu 1:1000 kerana kepadatan penduduk yang tinggi. Perkara ini tentu membebankan anggota sedia ada yang dibebani tugas sehingga mereka terpaksa bekerja diluar waktu kerja. Ada yang bekerja lebih 12 jam sehari kerana tiada anggota untuk mengantikan mereka.Nisbah standard yang diamalkan adalah 1:250. Nisbah ini sememangnya akan meringankan beban tugas mereka. Sekaligus dapat meningkatkan kualiti hidup yang lebih baik.

2. PAS menawarkan Tabung Biasiswa kepada anggota keselamatan yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat tinggi. Inisiatif ini sangat baik apabila dilaksanakan nanti kerana mereka yang berada di perjawatan sokongan dapat menaikkan taraf kehidupan yang lebih baik dengan naik kepada gred perjawatan pegawai.

3. Meningkatkan bilangan doktor & jururawat di hospital / klinik kerajaan.Ini kerana nisbah peyakit dengan kakitangan perubatan tinggi dan menyebabkan tugas mereka lebih ringan.

4. Turut disentuh tawaran bagi golongan wanita. PAS menawarkan cuti bersalin 3 bulan tanpa had bilangan anak.Perkara ini telah dilaksanakan oleh kerajaan sedia ada namun hanya terhad kepada 5 anak sahaja. Ini sememangnya menggusarkan ibu yang tidak dapat menjaga bayi mereka dalam tempoh berpantang. Perkara ini merisaukan kerana bayi yang dihantar ke pengasuh sejak berusia dua bulan yang mana ia terlalu kecil. Bayi sebegini memerlukan perhatian daripada ibu mereka terutama susu ibu yang merupakan imunisasi terbaik bagi anak kecil.

Penjelasan tersebut menarik perhatian pengunjung dan peniaga pasar malam tersebut dan mereka rata-rata, menyatakan kebersamaan PAS menjadi Malaysia negara yang adil, selamat dan sejahtera.(Baldatun Toiyyibatun Wa Robbun Ghofur).

-Lujnah Penerangan PAS Setiawangsa-