Home Kenyataan Media PAS Selangor

Presiden dan Timbalan Presiden tidak perlu dipertandingkan – YDP PAS Kawasan Kota Raja

40
SHARE

May be an image of ‎1 person, headscarf and ‎text that says "‎(قَاتن) فارلَاَُالسÛ PARTI فَدرولاُلاَاليسيَاسوس ÛLAM SEMALAYSIA (PAS PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN TIDAK PERLU DIPERTANDINGKAN Regu Presiden, Yang Berhormat Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Yang Berhormat Dato' Sri Tuan Guru Haji Tuan Ibrahim Tuan Man terbukti berjaya memainkan peranan membawa PAS sebagai pengimbang dan meredakan pergolakan politik negara demi kemaslahatan rakyat dan negara. Justeru tidak ada sebab untuk kedua-dua jawatan tersebut dipertandingkan. TUAN HJ. MOHAMED DIAH BIN BAHARUN YDP PAS Kawasan Kota Raja‎"‎‎

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Mohamed Diah Bin Baharun
YDP PAS Kawasan Kota Raja

KENYATAAN MEDIA
PAS KAWASAN KOTA RAJA

PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN PERLU DIPERTANDINGKAN

Mengambil maklum perkembangan politik semasa tanah air, maka PAS Kota Raja mengambil ketetapan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS tidak perlu dipertandingkan bagi sesi pemilihan pucuk pimpinan PAS dalam Muktamar kali ke 67 bulan November ini.

Iklim politik negara muktakhir ini semakin panas dan rencam. Pasca PRU 14 melakarkan sejarah baru politik Malaysia dengan berlakunya pertukaran tiga orang Perdana Menteri setakat ini. Ini adalah suatu kenyataan yang perlu kita semua terima bahawa kestabilan politik Malaysia pasca PRU 14 belum lagi wujud sehingga saat ini.

Pertukaran parti-parti politik yang menguasai kerajaan samada di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri seperti Kedah, Perak dan yang terkini di Melaka membuktikan berlakunya pergolakan politik yang tidak berkesudahan samada di kalangan parti-parti gabungan yang menguasai kerajaan mahu pun pergolakan dalaman sesebuah parti itu sendiri.

Regu Presiden, Yang Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Yang Berhormat Dato’ Sri Tuan Guru Haji Tuan Ibrahim Tuan Man terbukti berjaya memainkan peranan membawa PAS sebagai pengimbang dan meredakan pergolakan politik negara demi kemastahatan rakyat dan negara. Justeru, tidak ada sebab untuk kedua-dua jawatan tersebut dipertandingkan.

PAS Kota Raja juga berkeyakinan para perwakilan di sidang muktamar kelak amat bijak untuk menentukan penjawat Naib-naib Presiden dan Abli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang perlu dikekalkan atau dipilih yang baru, PAS tidak pemah ketandusan kepimpinan yang berilmu, berwibawa dan berintegriti.

Kepada seluruh pimpinan PAS dan para perwakilan Muktamar Tahunan PAS ke-67 yang bakal berlangsung pada 6 dan 7 November 2021 di Kuala Terengganu, Terengganu, diucapkan selamat bermuktamar dengan doa semoga muktamar berjalan lancar, dirahmati dan diberkati Allah sentiasa hendakNya.

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kota Raja telah berjaya diadakan pada 17 Oktober 2021 di Dewan El Aisy Garden, Sungai Kandis Seksyen 34 Shah Alam, Selangor.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor