Home Artikel PPP

PPP DESAK SUPAYA TUBUH RCI SIASAT KEMELUT TABUNG HAJI

656 views
SHARE

1. Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mendesak Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh PH menubuhkan Suruhanjaya Di Raja (RCI) bagi menyiasat kemelut yang timbul berkaitan dengan Tabung Haji (TH) pada masa kini.

2. Penubuhan RCI ini diyakini dapat merungkaikan tuduh-menuduh dan salah-menyalah yang akan menimbulkan sentimen tidak yakin dalam kalangan pendeposit terhadap TH.

3. Sehingga setakat ini telah banyak pihak yang boleh dilihat mewakili kepentingan umat Islam di Malaysia khususnya pendeposit TH menyuarakan desakan yang sama agar ditubuhkan RCI. Pihak tersebut termasuklah PAS dan UMNO, dua parti politik umat Islam terbesar, di samping PERKASA dan NGO-NGO Umat Islam lain.

4. Kerajaan perlu diingatkan, meskipun TH boleh dianggap sebuah Government Linked Investment Company (GLIC), pemilik sebenar GLIC adalah para pendeposit, justeru mereka berhak bersuara.

5. PPP juga berpandangan, situasi hari ini yang membiarkan banyak pihak berpolemik di ruang media massa dan media sosial, tidak akan menyelesaikan kemelut TH sebaliknya menimbulkan sentimen yang boleh mendorong pendeposit menarik keluar simpanan mereka.

6. Penubuhan RCI juga akan memberi ruang yang lebih saksama kepada semua pihak termasuk pihak Pengurusan TH sebelum ini untuk menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada mereka.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah PPP

11 April 2019
6 Sha’ban 1440