Home Rencana PAS Selangor

Politik sekular vs Politik Islam – Ketua Penerangan PAS Selangor

150
SHARE

May be an image of 1 person and text that says "TGHH Apabila politik dianggap tiada kaitan dengan agama, maka politik dirosakkan, termasuklah ahli politik juga ikut bersama. Inilah yang menjadi penyakit kronik kepada sekularisme dengan segala ideologinya. ABDUL HAD AW ANG PRESIDEN APABILA PAS, 27Jul DIPISAHKAN DARIPADAAGAMA DARIPADA A”dul adi Awang abdulhadiawang abdulhadi_awang abdulhadi AbdulHadi Awang"

Dari Meja Ketua Penerangan PAS Selangor | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Us Syarhan Humaizi Halim

Ketua Penerangan PAS Selangor

Pertembungan politik Islam dengan ideologi-ideologi sejak zaman berzaman menggambarkan bahawa ianya bukan baru berlaku. Bahkan ianya terbukti sejak dahulu lagi dan terakam dalam Al Quran. Walaupun istilahnya berbeza, namun selagi mana ia tidak kembali kepada petunjuk Ilahi, selagi itu ideologi ini bertembung dengan kaedah dan acuan Islam.

Istilah ideologi pertentangan dengan konsep Islam yang hakiki berlaku di era selepas kewafatan Nabi SAW. Golongan yang terzahirnya seakan membawa aspirasi Islam, namun hakikat disebaliknya. Muncul istilah dan kumpulan yang tidak puas hati dengan Khalifah Islam seperti golongan Muktazilah, Khawarij, Jabariah, Murji’ah, Syiah dan pelbagai lagi.

Kini istilah-istilah tersebut tidak digunakan lagi secara ‘official’. Akan tetapi musuh Islam membawa ideologi ciptaan manusia untuk menzahirkan seakan ianya pengganti pada politik Islam. Maka lahirlah isme-isme yang membarah dalam diri dan jiwa Umat Islam apabila ianya di tanam begitu lama. Wujud perbezaan ketara yang mudah untuk difahami sepatutnya oleh semua ummah.

Politik Sekular :

Bertuhankan nafsu, hilang kewarasan semata-mata merebut dan menempatkan diri sebagai pemimpin dan berkuasa dengan apa cara sekalipun. Berpegang dengan matlamat menghalalkan cara. Perjuang yang berpaksikan agar Islam tidak dihancurkan dan tidak dapat ditegakkan. Begitu juga golongan ini dibutakan mata dengan keenakkan duniawi yang sementara.

Politik Islam :

Bertunjangkan akidah dan iman, meletakkan perhitungan dosa pahala sebagai timbang tara. Membawa keadilan Islam untuk semua manusia. Mengembalikan ‘tawajuh’ hamba kepada Tuhan-Nya serta ubudiyah mutlak kepada Yang Maha Esa. Punyai perasaan yang sangat takut jika tiada jawapan saat disoal oleh Allah kelak. Serta mendambakan redha Allah dari kerja buat tersebut.

Harus senantiasa berhati-hati bahawa fahaman yang memisahkan antara urusan politik dan agama adalah ‘barah’ yang lama dalam doktrinisasi pemikiran ummah terutamanya umat Islam. Penawar kepada ‘barah’ perlu diberi secara konsisten dan tidak jemu untuk merawatnya agar ummah tidak terus sakit dalam ‘barah’ ciptaan manusia ini. Penawar itu pastinya perlu kembali kepada Islam.

17 Zulhijjah 1442H | 27 Julai 2021

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor