Home Berita PAS Perak

PAS Bagan Datuk rakam takziah kepada ADUN Rungkup

320
SHARE

Oleh : MS Musaiful

BAGAN DATUK, Perkhabaran berita sedih di atas pemergian ibu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Dato’ Shahrul Zaman Yahaya turut dikongsi banyak pihak.

Menurut Dato’ Shahrul, ibunya, Almarhumah Datin Hajah Zubaidah Tahir, 80 telah menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira jam 5.20 pagi akibat sakit tua di Hospital Teluk Intan (HTI) di sini kelmarin.

Yang DiPertua PAS Kawasan Bagan Datuk, Mohd Misbahul Munir Masduki merakamkan ucapan takziah melalui ruang hantaran di Facebook milik beliau mewakili seluruh pimpinan dan ahli PAS.

“Saya, seluruh (Ahli Jawatankuasa) dan ahli PAS Kawasan Bagan Datuk mengucapkan takziah kepada YB Dato’ Shahrul Zaman, Exco Kerajaan Negeri Perak dan ahli keluarganya atas pemergian bonda YB Dato’ yang tercinta.

“Semoga ahli keluarga YB Dato’ Shahrul Zaman menerimanya dengan penuh sabar dan redha di atas ketentuan Allah SWT ini.

“Didoakan semoga mendapat rahmat Allah dan maghfirah ke atas rohnya serta dibalas kebaikan di atas segala pengorbanan Almarhumah sepanjang hidupnya,” ujar beliau.

Difahamkan jenazah Almarhumah Datin Hajah Zubaidah yang juga isteri kepada mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Dato’ Yahya Zakaria telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Seri Setia, Teluk Intan.