Home Naib Presiden 1

Politik Persepsi Yang Jijik.

972
SHARE

Politik persepsi, sudah lapuk. Buat tuduhan dulu, kemudian minta maaf. Bom dulu berita, kemudian minta maaf. Apa yang penting bentuk dulu persepsi buruk untuk mencapai matlamat politik. Dosa dan pahala ketepikan dahulu. Inilah yang cuba dibuat kepada PAS untuk mematikan perjuangan PAS. Mereka silap, PAS sudah 66 tahun melawan Umno Perikatan, kemudian Umno Bn. 13 kali PRU di negara ini, cuma sekali sahaja PAS tidak lawan umno, iaitu pada tahun 1974. Sekarang pemimpin pakatan harapan menuduh PAS hendak bersama BN di dalam PRU 14. Inilah modal lapuk. Apabila mereka berceramah sahaja. Selepas Assalamualaikum,” PAS hendak masuk umno”. inilah tag line yang paling popular.

Paling kelakar sekali menuduh PAS, sekiranya BN menang PRU 14, semuanya berpunca daripada PAS kerana PAS tidak mahu sertai Pakatan Harapan. Belum menang sudah tidak demokratik. Kalau menang nanti apa hendak jadi dengan negara ini. Kalau begitu semua orang boleh tubuh parti baru, kemudian sertai Pakatan Harapan. Kemudian lawan di kerusi tradisi PAS atau lawan di Kelantan. Selepas itu memberi amaran, kalau BN menang semuanya punca kerana PAS berpakat dengan BN. Hakikatnya mereka yang melawan kerusi tradisi PAS yang melawan Umno. Mereka yang menjadi talian hayat Umno BN. Ini jenis politik apa yang kita hendak namakan.

Cyber trooper mereka cukup cekap dibantu pula oleh portal popular yang memang dulu kini selamanya tidak pernah bersama dengan PAS untuk agenda Islam. Ucapan pemimpin PAS akan diambil sekerat dan diletakkan tajuk supaya memburukkan PAS. Isi keseluruhan tidak diambil. Etika kewartawanan sudah dibuang ke laut China Selatan. Manakala ucapan pemimpin mereka akan disucikan seperti air mutlak oleh cyber trooper mereka. Walau pun kadang -kadang mengguris perasaan hati umat Islam.

Jika ada gambar pemimpin PAS bersama dengan pemimpin Umno walau pun minum teh atau bersama dengan program kerajaan terus dituduh hendak masuk umno. Pantang lihat gambar pemimpin kerajaan Kelantan bersama dengan kerajaan pusat terus mengatakan PAS sudah bersama dengan umno. Jika ada pemimpin Dap, bukan sekadar minum malahan berlaga perut dan berpegang tangan tidak ada masalah. Maka terus cyber trooper mereka akan membersihkan tindakan ini, seperti suci di dalam debu. Ini program kerajaan tidak ada masalah. Jika pemimpin kesayangan mereka tidak apa, kalau pemimpin PAS, maka macam-macam ayat yang dihemburkan. Sehingga ada yang menuduh akan disambar oleh api neraka, kerana hadir program kerajaan. InsyaAllah pengikut PAS tidak sebodoh itu hendak melebelkan seorang kerana berpegang tangan dan berlaga perut di dalam program kerajaan.

Pesan saya kepada pengikut PAS sabar sahajalah. Kita tengok siapa yang akan seberang masuk BN dan melutut kepada umno selepas kalah PRU 14. Kita kenal siapa mereka. Apabila BN tabur dedak tahulah kita siapa yang akan terkam ke sana.

Generasi muda yang berumur 20-30 tahun tidak menerima kaedah ini. Mereka mahu penyelesaian. PAS akan buktikan dengan amalan walau pun tidak sempurna tetapi lebih baik daripada pemimpin BN dan Pakatan Harapan. Biar rakyat menjadi saksi. Walau pun mereka nampak gagah tetapi tidak kekal. Benar kata Syed Qutb “Kebatilan walau pun nampak kuat, ia akan musnah. Manakala kebenaran walau pun nampak lemah ia akan menang”. Fitnah tidak bertahan lama, kerana mereka yang menyebar fitnah akan mati dan lemah ingatan. Kebenaran bertambah kukuh kerana akan ada penerusannya hingga kiamat.

Hj Idris Hj Ahmad

Naib Presiden PAS
2 Ramadhan 1438/ 29 Mei 2017

{jathumbnail off}