Home Rencana PAS Selangor

Politik perpaduan ummah : Dimana ada kemahuan di situ ada jalan – TPJ 1 PAS Selangor

11
SHARE

May be an image of ‎4 people and ‎text that says "‎TITM تاهون ولغ سلامت Belamat Ulang Tahun فوای_اوراعیم MUAFAKA NASIONAL KALI KE-2 14 SEPTEMBER 2021 Ikhlas Daripada Juan Ibrahim YB Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man Menteri Alam Sekitar dan Air Timbalan Presiden PAS Ahli Parlimen Kubang Kerian ustaztitm titm_official Tuan Ibrahim Tuan Man‎"‎‎

Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor Us Shafie Ngah | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Tuan Hj Us Shafie Ngah
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor

Benarkah masih ada harapan bagi politik perpaduan ummah di tanah air kita? Jawabannya, tiada kepastian. Sebab ia benda di hari muka. Sekadar boleh meneka atau tetap menjadi cita-cita.

Namun, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tepuk dada tanya selera. Hendak seribu daya taknak seribu auta.

Hari ini genap dua tahun perjanjian Muafakat Nasional ditandatangani. Muafakat Nasional adalah jelmaan awal kepada cita-cita yang lebih besar – cita-cita perpaduan ummah.

Oleh kerana agak awal menjelmanya Muafakat Nasional maka kekuatannya tidak ampuh. Umpama pokok yang cepat tumbuh pucuknya mudah dimakan musuh. Maklum sahaja, pucuknya dinanti-nanti oleh belalang, siput, ulat dan bermacam-macam lagi rupa dan bentuk musuh.

Mujur akarnya masih ada. Moga-moga akarnya masih utuh, untuk kembali menumbuh.

Politik perpaduan ummah dalam konteks Malaysia sudah terbukti berjaya. Ketika PAS membentuk politik sebegini dengan parti Semangat 46, PAS berjaya menawan Kelantan, dengan menumbangkan Barisan Nasional.

Menumbangkan Barisan Nasional bukan kerja mudah. Barisan Nasional adalah sebuah parti gergasi yang tidak mungkin akan dikalahkan. Seolah-olahnya begitu. Namun, ramuan perpaduan ummah lebih kukuh daripada kuat, lebih mantap daripada hebat, lebih jitu daripada padu.

Dalam menghadapi politik mendatang, sebenarnya inilah ramuan yang wajib dipertahan dan diperkukuhkan. Jangan lagi toleh ke belakang tetapi majulah terus ke hadapan. Maju dengan politik perpaduan ummah. Perpaduan ummah, walau bagaimanapun bentuk gabungannya.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Namun harus barang diingat, ujian dalam membentuk perpaduan ummah ini pasti getir. Dan ujian yang paling getir dari segala jenis ujian ialah tidak percaya kepada cita-cita. Ujian jenis ini, jika ada , toksah kan gajah, nampak semutpun dia lari.

Ujian yang kedua ialah kepentingan diri. Jika ujian ini ada maknanya dia mengundang ujian yang pertama tadi.

Ujian yang ketiga pula ialah cabaran daripada musuh. Ini enteng. Jika tiada ujian yang kedua di atas, jika tiada ujian yang pertama di atas, maka ujian yang ketiga ini mampu dihadapi dengan mudah insyaAllah.

Percayalah teman-teman, ke arah membentuk politik perpaduan ummah, Dimana ada kemahuan di situ ada jalan.

14 September 2021 | 7 Safar 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor