Home Berita PAS Selangor

52 orang ahli baharu sertai DHPP Gombak – PAS Kawasan Gombak

44
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : PAS Kawasan Gombak

GOMBAK, 14 September – Dewan Himpunan Pendukung PAS atau lebih dikenali sebagai DHPP telah mengorak langkah selaku salah satu Dewan yang ada dalam Parti PAS. PAS Gombak sangat beruntung apabila dapat bekerjasama dengan pasukan Dewan Himpunan Pendokong PAS Kawasan Gombak di bawah kepimpinan Puan Sarojinee.

Baru-baru ini, kita menerima laporan berkenaan 38 orang sudah mendaftar sebagai ahli PAS atas usaha tim DHPP Gombak.

Kejayaan mereka tidak berhenti setakat di situ sahaja. Sebentar tadi kami menerima lagi khabar baik daripada Puan Sarojinee.

Beliau telah bertemu dengan Dato’ Deepakaran, Ketua DHPP Selangor bagi menyerahkan 52 borang ahli baharu untuk menyertai DHPP Gombak.

Dalam pertemuan itu juga, Dato’ Deepakaran menyerahkan 19 kad ahli baharu DHPP yang sudah siap untuk disampaikan kepada individu yang telah mendaftar pada Disember 2020 hingga Februari 2021 yang lalu.

PAS Gombak dengan rasa kagum mengucapkan tahniah kepada seluruh ahli pasukan DHPP atas kesungguhan ini.

Tidak dilupakan, Lajnah Perpaduan Nasional sebagai rakan kerjasama yang signifikan, memberi dukungan sepenuhnya kepada DHPP untuk bergerak maju ke hadapan.

“Anda telah membuktikan bahawa PAS semakin diterima oleh masyarakat bukan Islam”.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor