Home Rencana PAS Selangor

Politik penyatuan ummah akan sentiasa relevan – Setiausaha BPPN Selangor

33
SHARE

May be an image of 1 person, sitting and text that says "Adakah Muafakat Nasional masih wujud? -Zahid September 29, 2021 0 min read myTv ONLINE ONL"

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Politik Malaysia pasca PRU14 cukup “volatile”, sentiasa bergolak dan turun naik. Kerajaan PH naik kemudian rebah dalam tempoh 22 bulan, PM ke-8 naik hanya untuk digantikan PM ke-9.

Ternyata pasca PRU 14 nasib dan masadepan politik ummah terletak pada politik penyatuan, kegagalan bermuafakat bakal mengulangi kerugian politik buat ummah.

Sesungguhnya tanggungjawab membina dan mendirikan jajaran politik perpaduan ummah dipikul oleh semua pemegang taruh politik dalam negara yang mewakili umat Melayu Islam.

Ianya perintah Allah SWT dan sewajarnya semua pimpinan ummah akur dan sentiasa berusaha tanpa putus asa untuk merealisasikannya kerana kejayaannya bermakna terselamatlah ummah dari jurang api neraka. Memang ikhtiar ke arahnya tidak mudah tetapi mahukah kita mencabar perintah Yang Maha Berkuasa.

Semoga kepimpinan ummah sentiasa mengusahakannya jangan lagi kita berbalah dan bercerai-berai sesama kita.

Kejayaan permuafakatan ummah adalah atas kehendak dan kurnia Allah SWT. Jangan kita tolak nikmat kurnia Nya itu. Dan jadilah kita ummah yang bersaudara yang berpayung di bawah redha dan kasih sayang-Nya.

Saya yakin saya dan kita semua dambakan melihat perintah Allah SWT sebagaimana pada ayat di bawah menjadi nyata dalam waktu terdekat walau ada yang mahu menggagalkannya:

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk”.

(Ali Imran : 103)

30 September 2021 | 23 Safar 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor