Home Berita PAS Perak

Politik di masjid; Ingkar perintah Sultan Perak dan JAIPk

61
SHARE

KENYATAAN MEDIA

PAS kawasan Gerik hari ini membuat laporan dan menghantar bantahan kepada Jabatan Agama Islam Perak susulan program politik kepartian di masjid baru baru ini.

Dr Asyraf Wajdi dilaporkan mengadakan majlis tadarus Al Quran bersama wanita UMNO di Masjid Ghufran Felda Nenering dan masjid NurSalam batu 4 Gerik.

Program tersebut sempena program sehari bekas ketua Pemuda Umno Malaysia itu yang juga Calon Barisan Nasional Gerik dalam PRU lalu.

PAS memandang serius perkara tersebut kerana bertentangan dengan arahan Sultan Perak agar Masjid tidak di politikkan. Menganjurkan program parti di Masjid adalah sesuatu yang jelas bersalahan dengan arahan tersebut.

Link
1. https://www.instagram.com/reel/C5L_0w7h9yM/
2. https://www.instagram.com/p/C5Lfz4ohDSY/?img_index=1

Sehubungan dengan itu, PAS kawasan Gerik telah memanjangkan perkara tersebut untuk penilitian pihak JAIPk.Tindakan itu dilihat tidak menghormati arahan Sultan dan pihak JAIPk.

Ia boleh menimbulkan kekeliruan rakyat bagaimana parti yang menjadi sebahagian kerajaan melanggar arahan kerajaan sendiri.

Ia satu contoh yang buruk kepada rakyat.

Dalam masa yang sama pihak kerajaan sering menunding jari kepada pembangkang mempolitikkan masjid.

Sebagai sebuah parti politik yang bergerak atas paksi undang undang, kami sentiasa akur arahan PAS di peringkat negeri yang menegah penggunaan masjid sebagai tempat program parti.

Ianya selaras arahan Baginda Sultan Perak yang di keluarkan oleh JAIPk.

ADIL PRIHATIN BERKEBAJIKAN

POZI SANI
Setiausaha
PAS Kawasan Gerik

Kenyataan Media PAS Kawasan Gerik
https://www.instagram.com/p/C5Lfz4ohDSY/?img_index=3

 

https://www.instagram.com/p/C5Lfz4ohDSY/?img_index=10