Home Berita PAS Pahang

Kebajikan guru-guru PASTI menjadi keutamaan parti

46
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 4 Apr – Kebajikan guru-guru PASTI menjadi keutamaan kepada parti khasnya bagi mereka yang memerlukan.

“Kami akan sentiasa bersama dengan guru-guru PASTI, melihat kebajikan dan keperluan mereka, bila kita ada maklumat, Insya-Allah kita akan bantu,” kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah Andansura Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan duit dan biskut raya kepada lebih 170 guru dan pembantu PASTI, SRITI seluruh DUN Beserah dan Semambu di sini baru-baru ini.

“Saya amat mengalu-alukan sebarang sumbangan lanjut kepada guru-guru kita dan para pembantu mereka oleh PAS cawangan-cawangan atau masyarakat awam sebagai tanda keraian dan penghargaan.

“Semoga dengan sumbangan kita kepada pendidikan agama anak-anak kita khususnya di peringkat prasekolah akan membawa rahmat dan keberkatan kepada kita dan masyarakat keseluruhannya,” tambah beliau lagi.

Sementara itu Pengerusi PASTI Kawasan Indera Mahkota Syakir Mohd Sampian berkata walaupun perjalanan PASTI dalam serba kekurangan, namun kebajikan guru-guru sukarelawan PASTI masih lagi diutamakan terutamanya setiap kali menjelang Hari Raya.

Turut hadir dalam program ini adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Indera Mahkota Ustaz Dzulfadhli Zakariah.