Home Berita PAS Pusat

Politik Dakwah Adalah Kriteria Ke 2 Dari Budaya Politik Matang Dan Sejahtera. (BPMS)

1032
SHARE


PAS : POLITIK DAKWAH. Vol 1

Naskhah Dakwah PAS Pusat. Siri 01
04 Zul Qaedah 1440 | 07 Julai 2019

POLITIK DAKWAH ADALAH KRITERIA KE 2 DARI BUDAYA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA. (BPMS)

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat
https://m.facebook.com/naskhahdakwah
https://t.me/Naskhahdakwah


PAS adalah sebuah gerakan Islam yang berdaftar sebagai sebuah parti politik yang sah bagi membolehkan ia beroperasi di pentas demokrasi negara, menepati ijtihad para alim ulamak terdahulu yang meletakkan konsep perjuangan PAS berasaskan Muwaajah Silmiyah (berjuang secara aman).

Mula dari noktah itu, PAS berjuang dengan tiga method atau sistem gerakkerjanya secara seimbang dan sepadu iaitu :

a) gerakan Tarbiyah (bina dalaman)
b) gerakan Dakwah (bina luaran)
c) gerakan Siasah (bina sultah/kedaulatan)

Aslim Taslam

Memanafaatkan ruang demokrasi, PAS tampil membawa risalah Islam kepada semua masyarakat samada muslim mahupun mereka yang belum lagi muslim.

Justeru Islam diturunkan oleh Allah swt untuk diterima dan diamalkan oleh seluruh ummat manusia. Siapa jua yang menerima Islam, pasti sahaja ia selamat di dunia dan juga di akhirat. Aslim Taslam ! (Engkau terima Islam, Engkau selamat)

Bagi ummat Islam, mereka wajib mengamalkan Islam dan seluruh syariatnya selepas ia menerima dan mengucap dua kalimah syahadah.

Sementara mereka yang belum menganut ajaran Islam, mereka tidak boleh dipaksa menganut Islam sebaliknya mereka diberi hak untuk mengamalkan suruhan agama mereka.

Namun mereka boleh berada dibawah sistem pemerintahan Islam dan hak keselamatan, kebajikan serta beribadah mengikut tatacara agama mereka, menjadi urusan wajib pemerintahan Islam ke atas mereka.

Politik Berorientasikan Dakwah

Politik PAS tidak berorientasikan ketamakan kuasa. PAS tidak meletakkan kuasa itu segalanya. Tetapi apa yang menjadi asas perjuangan PAS ialah berdakwah dan berusaha untuk menyelamatkan manusia dari api neraka Allah swt.

Pada masa yang sama, mengusahakan agar wujud sebuah pemerintahan dan masyarakat yang terlaksana padanya sistem, dasar dan hukum Islam yang menuju keredhaan Allah swt. sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan PAS fasal 5 di bawah tajuk tujuan – tujuan PAS.

Ini bermaksud, siapa pun yang diberi mandat sebagai pemerintah dan mereka melaksanakan sistem pemerintahan Islam yang adil serta saksama, maka PAS pasti akan mendukung malah membantu pemerintahannya.

Justeru perjuangan PAS hanyalah untuk meninggikan kalimah Allah swt (mendaulatkan syariat Islam), bukan berebut untuk menduduki takhta pemerintahan semata-mata.

Islam Memimpin Perpaduan

Sekian.

Islam Memimpin Perpaduan