Home Berita PAS Pahang

Pokok hempap rumah warga emas dalam kejadian ribut di Beserah

69
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 2 Julai :: Hujan yang lebat serta angin yang kuat telah menyebabkan sebatang pokok  jambu yang berusia lebih 50 tahun menghempap sebuah rumah di Kampung Pasir Garam, Beserah dekat sini baru-baru ini.

Mangsa adalah seorang ibu tunggal, Maznah Abbas 66, sempat menyelamatkan diri bersama anak dan cucunya ketika kejadian berlaku.

Pihak Jabatan Bomba dn Penyelamat, Angkatan  Pertahanan Awam Malaysia dan Tenaga  National Berhad (TNB) telah datang bagi memberi bantuan untuk memotong serkahan pokok yang menghempap atap rumah dan memadamkan percikan api yang keluar dari pendawaian elektrik di kawasan rumah tersebut.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah, Andansura Rabu telah menziarahi keluarga mangsa kelmarin, menyampaikan sumbangan dan cuba untuk memberi bantuan di mana perlu.

“Tuan rumah meminta kita untuk membantu menebang pokok yang telah tua. Keadaan berbahaya sekiranya berlaku lagi kejadian angin yang kuat,” kata Andansura ketika dihubungi.

“Kita telah hubungi mereka yang ada kepakaran, seperti Jabatan Amal untuk kerja-kerja pembersihan, TNB yang berkaitan talian elektrik dan Jabatan Bomba untuk lain-lain pemeriksaan keselamatan,” ujar beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Kejadian ribut yang berlaku sekitar pukul 7.30 malam telah merosakkan17 keping atap rumah mangsa dan kini mereka menumpang di rumah pusaka peninggalan ibu mereka.

Turut menziarah mangsa adalah Ketua Cawangan Beserah Tengah Mohamed Hafizi Hamid dan Ahli Jawatankuasanya serta Pegawai Pusat Khidmat DUN Beserah.