PN MEMBINA NEGARA, PH MERUNTUH NEGARA
Mereka mendakwa bahawa ‘kerajaan gagal’ menangani Covid-19, sedangkan mereka pula cuba menimbulkan kluster baru.
Hakikatnya, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berusaha untuk menangani Covid-19 dengan peningkatan pemberian vaksin setiap hari serta pemberian sumbangan kepada masyarakat yang terjejas.
Pakatan Harapan (PH) pula, sibuk menggagalkan usaha Kerajaan untuk menangani Covid-19 dengan berhimpun secara haram.
Mereka tidak kisah rakyat terbunuh, asalkan matlamat mereka tercapai.
Mereka rasa mereka sahaja yang boleh menangani wabak Covid-19 ini sedangkan ‘rekod 22 bulan memimpin’ Kerajaan Malaysia sudah menunjukkan kegagalannya.
Manifesto yang dijanjikan juga tidak dapat diselesaikan, ini kan pula mahu menyelesaikan masalah penularan Covid-19 yang semakin merebak.
Sejarah mereka yang sebelum ini menjadi Kerajaan, filem perebutan kawasan berlangsung bermula dengan pergaduhan semasa pemilihan PKR, desakkan Tun Dr. Mahathir untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga akhirnya runtuh Kerajaan pada masa itu disebabkan oleh tangan mereka sendiri.
Terkini, mereka juga ingin berebut kuasa semula dengan mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan.
Filem ini pasti berlangsung lagi apabila mereka memimpin semula Negara Malaysia ini.
Adakah kita masih ingin melihatkan perebutan kuasa ini berlarutan?
Terima kasih.
RUSMAN KEMIN
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)