Home Berita PAS Terengganu

PKPD Kubang Jela; Pusat khidmat salur bantuan

36
SHARE

Oleh : Wartawan BulentinOnline

KUALA TERENGGANU – Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Nerus dgn kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Buluh Gading akan menyalurkan bantuan berupa barangan keperluan dapur kepada semua keluarga dalam kawasan PKPD.
Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus, YB Ustaz Ridzuan Hashim berharap semua penduduk yang terlibat, bersabar dengan keputusan kerajaan itu.

“Kerajaan telah memutuskan perlaksanaan PKPD di Kampung Kubang Jela, Mukim Manir berkuatkuasa 1 Julai sehingga 14 Julai 2021,

“ekoran daripada kes positif Covid-19 yang telah meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.

“Harap kita semua dapat terima ujian ini sebagai ketentuan daripada Allah SWT dengan hati yang redha dan tenang tanpa menyalahkan mana-mana pihak atau individu.” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Menurut ADUN Buluh Gading itu, setiap ujian atau musibah itu pasti ada hikmah di sebaliknya.

Oleh itu beliau menyeru semua warga terbabit agar mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan amalan dan ketaatan kepadaNya sepanjang tempoh PKPD.

“Banyakkan berzikir, berselawat dan beristighfar. Di samping berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT agar kita semua selamat daripada wabak ini,” tegasnya.

Justeru itu, beliau berkata, apa jua masalah berbangkit termasuk sebarang kesukaran dan terputus bekalan makanan harian, segeralah berhubung dengan pihsk JPKK.

” boleh hubungi Cikgu Jusoh Ngah, Pengerusi JPKK Kg Kubang Jela di talian 013 932 9223, PKM ADUN Buluh Gading 016 986 7007/ 013 930 3308 dan juga wakil PKM Ahli Parlimen Kuala Nerus 019 322 8486.

” Terus tinggal di rumah, jaga SOP dan sentiasa mematuhi segala peraturan dan ketetapan pihak kerajaan.” jelasnya.