Home Berita PAS Sabah

PKP : Ziarah kebajikan agenda utama PAS Kawasan Tawau

731
SHARE

Oleh : ROSLI BASRI

28 April 2020

TAWAU ~ Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Cawangan Jalan Apas (LKKPJP) meneruskan aktiviti ziarah dan bantu masyarakat yang terjejas pendapatan akibat penularan wabak Covid 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kg Blok 31 disini , pagi tadi.

Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau , Amboasse Ramano berkata, agenda kebajikan merupakan agenda utama PAS dalam mendekati masyarakat.

” Ziarah kebajikan kali ini melibatkan bantuan keperluan asas kepada beberapa keluarga asnaf dan berpendapatan rendah yang terpilih sekitar DUN Apas dan DUN Balung.

“Penerima bantuan terdiri daripada golongan OKU, warga emas , orang sakit dan ibu tunggal” ujar beliau yang juga merupakan Ketua Cawangan PAS Jalan Apas.

Program tersebut turut disertai oleh setiausaha PAS Jalan  Apas,  saudara Abu Khadeejah.