Home Berita PAS Sabah

PKP : PAS Tawau bantu penjaja kecil

1088
SHARE

Oleh : Anna Tan

26.03.2020

TAWAU~ Seramai 27 penjaja kecil telah menerima bantuan awal daripada PAS Kawasan Tawau kelmarin.

Bantuan tersebut disasarkan kepada penjaja-penjaja kecil yang terjejas sumber pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac yang lalu.

Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau , Mohamad Husain menyatakan bahawa program tersebut adalah salah satu usaha PAS Tawau membantu masyarakat yang menghadapi saat-saat sukar akibat wabak Covid-19.

” Kami telah mengikuti segala prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan pihak Kementerian Dalam Negeri ( MKN ).

“Surat kebenaran daripada pihak polis telah kami perolehi.

” Petugas-petugas juga menggunakan topeng muka, menjaga jarak dan membasuh tangan” ujarnya yang juga merupakan Timbalan Pengerusin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat.

Manakala salah seorang penerima bantuan, Syarifah Aloyah Habib Husen menyatakan kesyukuran serta mengucapkan terima kasih atas bantuan tersebut.

Bantuan yang diberikan berbentuk barangan makanan asas seperti beras dan minyak makan.

Penghantaran bantuan dibuat dari rumah ke rumah itu telah disertai oleh Setiausaha PAS Tawau ,Ustaz Mohd Razali Sani dan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Pemuda , Ustaz Mohd Riduwan Sirajuddin ( LKK ) serta bendahari Dewan Pemuda , ust Mohd Rasyid Soebah.