Home Artikel PAS Sabah

PKP: PAS Tawau bantu asnaf dan golongan pendapatan terjejas

383
SHARE

OLEH : ANNA TAN
25.3.2020
TAWAU –  PAS Kawasan Tawau telah mengambil inisiatif membantu golongan asnaf dan golongan yang terjejas pendapatan akibat penularan wabak Covid -19 dan turut tetkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pada bermula 18 hingga 31 Mac.
15 Keluarga telah terpilih dalam fasa pertama serahan  bantuan berupa barangan makanan kering dan ia  telah disampaikan di sini, kelmarin.
Penyelaras program , Ustaz Mohd Razali Sani , Setiausaha PAS Kawasan Tawau , menyatakan bahawa  selepas ini akan ada lagi siri-siri sumbangan mengikut beberapa fasa yang akan ditetapkan .
Serahan bantuan telah diadakan di sini , kelmarin.
Timbalan Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan , Tuan Mohamad Husain  yang juga merupakan YDP PAS Tawau mengatakan  telah mengetuai serahan bantuan tersebut .
Beliau menyatakan ia umpama suasana perang , berperang  dengan wabak COVD-19 ini.
terdapat
ramai golongan yang berpendapatan rendah yang memerlukan sokongan berikutan tidak mendapat gaji atau hilang pendapatan.

“Ini adalah langkah kami bagi membantu meringankan beban mereka. Ia juga sebagai salah satu cara untuk turun kepada masyarakat dan merasai denyut nadi masyarakat .

Mohamad Husain juga menyatakan bahawa bantuan tersebut adalah dari PAS serta ehsan sumbangan orang ramai yang prihatin .

Dalam serahan tersebut , petugas yang terlibat mengikuti garis panduan atau SOP Kementetian Kesihatan dengan menggunakan topeng muka, menjaga jarak dan kerap membasuh tangan.

Turut dalam penyerahan bantuan , Bedahari Dewan Pemuda Tawau , Mohd Rashid Soebah dan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Pemuda Kawasan , Ustaz Mohd Riduwan Sirajuddin.