Home Artikel PAS Sabah

PAS TAWAU KOMITED MEMBANTU KKM TANGANI WABAK COVID-1

280
SHARE

Oleh : Rusli Basri
20 Mac 2020

TAWAU : PAS Kawasan Tawau telah menyumbangkan 4 buah kipas angin bagi kegunaan para Doktor dan Jururawat di Unit Fever Center Hospital Besar Tawau, di sini , pagi tadi.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Sdr Amboase Ramano, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau kepada Doktor Azman Ibrahim, Timbalan Pengarah Hospital Besar Tawau.

Dr Azman mengucapkan terima kasih kepada PAS Kawasan Tawau atas sumbangan yang sangat bermakna ini dan berharap PAS Kawasan Tawau akan terus membantu pihak Kementerian Kesihatan dengan memberi kesedaran kepada masyarakat agar Sama-sama dapat menjayakan kempen duduk diam di rumah agar usaha untuk memutuskan rantaian penularan Virus COVID19 ini berjaya dicapai.

Amboasse juga mantan calon PAS di DUN Balong pada PRU14 yang lalu juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PAS yang telah menyumbang wang ringgit bagi menjayakan pemberian sumbangan tersebut.

Turut Hadir dalam majlis penyampaian Saudara Daramansah Lamasa AJK PAS Kawasan Tawau.