Home Artikel PAS Perlis

PKP: JAMNPs Agih Bubur Lambuk Kepada Pasukan Keselamatan

255
SHARE

Oleh: Nur ‘Iffah

KANGAR: Memasuki bulan Ramadhan, Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis (JAMPNs) terus menyantuni para petugas barisan hadapan di seluruh negeri Perlis.

Menurut Pengarah JAMNPs Amirul Jufri Mat Saman, dalam operasi yang telah dilaksanakan dua hari lepas, mereka telah menyampaikan sumbangan berupa juadah sahur kepada para anggota keselamatan yang bertugas.

Menurutnya kerja-kerja penyediaan bubur lambuk sebagai juadah sahur telah disediakan oleh pihak DUN Simpang Empat, dibantu oleh beberapa orang anggota JAMNPs.

“Tepat pukul 12.30 pagi, seramai 30 anggota dan pegawai kami telah dipecahkan kepada tiga kumpulan dan digerakkan untuk kerja-kerja pengagihan sebanyak 250 pek juadah sahur berkenaan.

“Kawasan agihan meliputi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, tiga buah Ibu Pejabat Polis Daerah, lapan buah Balai Polis dan sebuah balai bergerak di Hospital Tuanku Fauziah  (HTF) serta di 20 buah pos sekatan jalan raya.

“Semoga sumbangan ini dapat memberi semangat kepada mereka untuk terus bertugas demi menjaga keamanan negara,”, katanya ketika dihubungi di sini.