WANGSA MAJU, 1 Jun- PAS Kawasan Wangsa Maju dengan kerjasama PAS Cawangan Kampung Padang Balang berjaya melaksanakan Program ‘DAPUR RAKYAT’ di sini semalam.
Program bertempat di PASTI Genius Mursyid, Padang Balang itu bertujuan mengagihkan barang keperluan bernilai RM100 untuk setiap isi rumah yang layak.
Ketua PAS Cawangan Kampung Padang Balang, Haji Shahidan mewakili Penyelaras Parlimen Wangsa Maju,YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyampaikan sumbangan tersebut kepada masyarakat setempat.
“Selain ringankan sedikit beban penduduk yang terkesan dengan pandemik COVID-19, program ini juga telah menyatukan banyak pihak demi kebajikan dan kesejahteraan penduduk.
“Kebanyakan mereka tidak bekerja, ada juga ibu tunggal yang baru mula bekerja untuk mendapatkan pendapatan kembali. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang terjejas dengan COVID-19 ini,” katanya.