Home Berita PAS Terengganu

PKP 3.0 dilanjut hingga 28 Jun

200
SHARE

KUALA TERENGGANU, 11 Jun – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 disambung selama dua minggu bermula 15 Jun sehingga 28 Jun ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari.

Melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan, beliau menyatakan senarai positif/negatif dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal sama seperti mana diumumkan sebelum ini.

“Kerajaan persekutuan turut melanjutkan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) di dua mukim di Kuala Terengganu iaitu Mukim Bukit Besar dan Mukim Serada bermula 13 Jun sehingga 26 Jun 2021.

“Keputusan melanjutkan PKPD di kedua-dua mukim berkenaan
dibuat setelah KKM mendapati masih terdapat peningkatan ketara kes di kawasan terbabit hasil daripada saringan bersasar,” katanya.

Tambahnya, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan Persekutuan bersetuju menamatkan PKPD di baki 19 Mukim di daerah berkenaan pada 12 Jun 2021.

Menurutnya lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merekodkan 461 kes positif COVID-19 di semua mukim sepanjang tempoh tersebut dan terdapat penurunan kes kecuali melibatkan dua mukim itu.

Selain itu, PKPD turut di beberapa kawasan di Kedah, Sabah, Johor dan Sarawak bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.