Home Artikel PAS Pahang

PJ, TPJ agih sumbangan mangsa banjir

393
SHARE

Dua pimpinan PAS Pahang tidak menunggu lama untuk menyantuni mangsa banjir seusai sahaja menunaikan ibadah umrah

Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar bersama timbalannya Andansura Rabu, telah turun ke daerah Rompin untuk menyampaikan sumbangan.

Turut bersama, ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin, Ustaz Nazri Ahmad serta petugas Jabatan Amal mengagihkan 100 bungkusan sumbangan Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang.

Rompin dilanda banjir 10 hari yang lalu selepas fenomena hujan lebat beberapa hari, dengan melibatkan kira-kira 1,000 mangsa daripada 200 keluarga dan ditempatkan Sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS)