Home Berita PAS Selangor

PJ Selangor hadir program serah sumbangan kit barangan dapur – PAS Kawasan Hulu Langat

36
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Langat

Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat

HULU LANGAT, 9 Oktober – YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor telah hadir dalam majlis penyerahan sumbangan kit barangan dapur sempena Program Gelombang Sejahtera Keluarga Malaysia (GENGGAM) Selangor di Kampung Kechau Dalam, Hulu Langat.

Seramai 46 ketua keluarga dikalangan kaum orang asli di kampung tersebut telah menerima sumbangan yang disampaikan sendiri oleh YB Dato Pesuruhjaya PAS.

Turut hadir bersama, Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Langat, Muhammad Jan Sulong, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Langat, Tuan Haji Shahril Adha serta Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Selangor, Tuan Rosli Jusoh.

Program Genggam Selangor peringkat parlimen Hulu Langat ini adalah bagi mengajak rakyat menghayati Slogan Keluarga Malaysia dalam membentuk Dasar Perpaduan Negara.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor