Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus
Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi
Kuala Langat | Masyarakat orang asal tidak terkecuali untuk menyahut seruan Kerajaan dan negara bagi memastikan semua ahli komuniti orang asal menerima vaksin.
Sebelum daripada ini, program pendaftaran melalui My Sejahtera diadakan khusus bagi masyarakat orang asal melalui program vaksinasi turun bergerak ke perkampungan masyarakat orang asli di kampung orang asli Daerah Kuala Langat.
Selepas program pendaftaran vaksinasi beberapa minggu lepas, kini di susuli dengan suntikan vaksin Covid-19. Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga merupakan Ahli Dewan Negeri Sijangkang turut sama bersama menjayakan program ini. Respon yang sangat baik di atas kesedaran mereka.
Seramai 90 orang di vaksinasi mengikut SOP yang telah dI tetapkan oleh KKM di Kampung Orang Asli Bukit Perah. Semoga Malaysia akan berjaya mencapai immuniti kelompok seperti yang di rancangkan dan bebas dari Covid-19.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor