Home Berita PAS Selangor

PJ Selangor beri motivasi kepada orang Asal daftar vaksin – Pesuruhjaya PAS Selangor

64
SHARE

Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Pulau Carey, Kuala Langat | Kempen kesedaran masyarakat untuk daftar vaksinasi dan mengambil suntikan digerakkan disegenap lapisan masyarakat. Termasuk dikalangan penduduk dan masyarakat orang asal.

Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga merupakan Ahli Dewan Negeri Sijangkang turut sama membantu meningkatkan kesedaran pada masyarakat. Di dalam kawasan DUN Sijangkang, Pulau Carey merupakan lokasi penduduk dikalangan masyarakat orang asal.

YB Dato Dr Yunus berkesempatan untuk menyantuni dan menyampaikan motivasi kesedaran untuk pendaftaran Vaksinasi Covid-19 kepada masyarakat Orang Asal Kg Bumbun Pulau Carey. Sambutan yang diberikan sangat memberangsangkan dikalangan penduduk.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor