Home Berita PAS Selangor

Munajat PAS kawasan Ampang buat AJK positif Covid-19 – PAS Kawasan Ampang

72
SHARE

May be an image of 3 people and text

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Ampang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Yang dinamakan ukhuwah adalah hubungan baik yang tidak kira waktu senang dan susah adalah sentiasa bersama. Tindakan mendoakan rakan yang ditimpa kesusahan merupakan tindakan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak seperti hadis berikut,

Daripada Safwan bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ، عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Maksudnya: “Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”. [Riwayat Muslim(4914)]

PAS Kawasan Ampang telah melangsungkan majlis munajat secara online dengan bacaan surah Yasin dan doa mohon kesembuhan untuk salah seorang AJK PAS Kawasan Ampang yang kini sedang bertarung nyawa akibat wabak Covid-19. Sama-sama kita panjatkan doa agar beliau dan semua yang sedang diuji dengan penyakit diberikan kesembuhan.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor